Tuesday, August 14, 2012

Kad Raya Dari Irfan Khairi ;))

Assalamualaikum...Salam sejahtera & Salam 1 malaysia...;-)

Nak tahu tak hrni hubby dpt kad raya tau..jeles i..hihi yg jelesnya sebab dari Irfan Khairi..Alaa...Jutawan Internet tu...hihi Xpayah citer panjangla, jum2 kita tgk cmne rupa Kad Raya Irfan Khairi tu...Sangat2 menarik..

Cover Depan..Cantik sgt gambar diorg sekeluarga..
Bila tgk2kn wajah Irfan Khairi ngan Wife dia ada iras2 kan??Ce korang tgk btl2..
mcm adik beradik plak,tula namanya Jodoh org ckp kan??;))



Isi dalam belah Kiri..Simple tp isi dalamnya sgt menarik n 
bermakna untuk kita hayati..Bagus Irfan Khairi ni..

Isi dalam Belah Kanan..Suka ina tgk nama anak2 dia..sgt2 unik..
ssh nak jumpa org letak nama cmni kt anak dia kn??;-) tp sedap gak..
msti ada makna2 yang tersendiri n bagus tu kan??


Ni ina bg nampak gambar lg jelas, kot2 korang berminat nak tahu nama2 
anak dia coz sgt2 unik...;))






Saturday, August 11, 2012

Kebaikan Buah dan Sayur Ungu


hai semua..jom kita baca apa sebenarnya yang bagus tentang buah n sayur ungu ni..;-)

Bila bercakap tentang amalan pemakanan sihat, jangan lupa untuk memasukkan buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna ungu dalam diet anda. Sebabnya buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut mengandungi antosianin, ia-itu pigmen asli berwarna merah, biru dan ungu. Menurut J. Scott Smith, profesor kimia makanan dari Kansas State University, antosianin adalah baik untuk kesihatan kerana ia adalah antioksidan yang kuat dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun, mengekalkan kesihatan dan mengelakkan penyakit.

"Kini antioksidan menjadi bualan ramai," kata Smith lagi. "Semua orang berminat dengan antioksidan kerana ia dipercayai baik untuk kesihatan."

Antosianin lebih lazim didapati dari buah-buahan berbanding sayur-sayuran, kata Smith, memerhatikan warna merah pekat dan ungu pada kulit epal dan anggur. Disebabkan antosianin sensitif kepada pH, ia akan kelihatan lebih merah atau biru bergantung kepada jenis makanan.

Antosianin biasa terdapat dalam buah beri; seperti blueberry, cranberry, raspberry, blackberry dan anggur merah (dan juga acaiberry, elderberry dan buah delima*).

"Itu sebablah mengapa orang berkata 'makan buah beri anda', kerana ia sangat baik untuk kesihatan," kata Smith.

Kata Smith lagi, ekstrak makanan yang mengandungi antosianin juga baik untuk kesihatan. Trend terkini industri makanan adalah menggunakan warna asli bagi menggantikan warna tiruan. Antosianin boleh diekstrak dari buah-buahan atau sayur-sayuran dan digunakan sebagai pewarna asli dalam makanan.

Wain merah diperbuat dari anggur, oleh itu ia juga mengandungi antosianin. Selain itu ia juga mengandungi resveratrol, sejenis antioksidan dan baik untuk kesihatan jantung.



Menurut Smith lagi, terdapat beberapa makanan ungu yang tidak begitu dikenali juga mengandungi antosianin. Sejak berkurun penduduk Amerika Selatan menanam jagung ungu. Terdapat juga bunga kubis ungu dan karot ungu.

Warna merah pekat dan ungu pada ubi bit bukan disebabkan oleh antosianin, kata Smith. Warna ungu pada ubi bit datangnya dari pigmen betalen, yang menggantikan antosianin dalam sesetengah pokok. Betalen juga adalah antioksidan yang baik untuk kesihatan.

Dipetik dari: HealthNewsDigest.com

BAHAYA Menahan Bersin

Pernah tak tgk org yang suka tahan bersin dengan cara menutup hidung mereka??Selalunya bila kita nka bersin depan khalayak ramai mesti kita cuba nak tahan2 kan??termasukla ina...hihi kdg2 sehingga keinginan bersin menjadi hilang. Tetapi sebenarnya tanpa kita sedar, menahan bersin yang agak kerap akan menimbulkan masalah yang serius kepada diri kita tau..

Kepantasan bersin yang dimiliki manusia adalah 161 km/jam, jadi sekiranya seseorang itu menahan bersin maka tubuh badannya terpaksa menahan kelajuan tersebut secara tiba-tiba. Akibatnya ia mungkin mempengaruhi fungsi tubuh dan menyebabkan kuman-kuman yang sepatutnya keluar masuk kedalam rongga nafas kembali.

Jom kita baca apa kata Dr.Micheal  Roizen:-


"Bersin merupakan perkara yang bagus kerana ianya akan membersihkan rongga anda. Sedangkan menahan bersin itu akan menyebabkan bahaya dan menimbulkan beberapa risiko", kata Dr. Micheal Roizen kepada Wellness Officer Clevelend Clinics, didalam Doctoroz.com.

Roizen menyatakan ada beberapa bahaya yang akan terjadi kepada seseorang yang menahan bersin antaranya :

1 - Menyebabkan patah tulang rawan hidung.
2- Pecah gendang telinga.
3- Gangguan pendengaran.
4- Veritgo.
5 - Keluar mata dari soketnya.

So, kepada sesiapa yang hendak bersin tuh, sila bersin dengan rela hati, jangan ditahan-tahan. Nanti macam2 masalah plak yg datang kat diri korang tau...;-)


“Sesungguhnya Allah menyukai amalan bersin dan membenci menguap. Kerananya, apabila salah seorang dari kalian bersin lalu dia memuji Allah, maka kewajiban atas setiap muslim yang mendengarnya untuk mentasymitnya. Adapun menguap, maka dia tidaklah datang kecuali dari setan. Oleh itu hendaklah dia menahan menguap semampunya. Jika dia sampai mengucapkan ‘haah’, maka syaitan akan mentertawakannya.” 
(HR. al-Bukhari no. 6223 dan Muslim no. 2994) 

Friday, August 10, 2012

30 Fakta Menarik Mengenai Perempuan


1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.

11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

13.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.

16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.

19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

22.Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.

23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

25.Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.

27.Senjata wanita adalah airmata!!

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Resepi Pajeri Nenas

Harini tetiba plak teringin sgt nak makan paceri nenas...pastu mkn plak ngan ikan perkasam kn???Fuhhhh...mmg kaw kaw la sodapnya..hihi.. Apa ye bahan2 nak wat paceri ni???Jom kita tgk nak...;-)



Bahan-bahannya:-
1 biji nenas sederhana besarnya
(boleh guna apa2 jenis nenas tp jgn terlalu masak @ terlalu muda tau)
2 sudu besar kerisik
6 sudu besar rempah kari ikan (bancuh dgn air)
1 sudu besar cili kisar
3 cawan santan pekat (1 biji kelapa)
1 inci halia
5 ulas bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
2 sudu besar gula merah/putih
1 inci kulit kayu manis
Garam secukup rasa
4 sudu besar minyak
  
Cara-caranya:-
1) Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
2) Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada periuk.
3) Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.
4) Masak hingga kuah pekat dan naik minyak.
5) Bolehla makan yer...sedap...;-)

Thursday, August 9, 2012

Sembelit Kronik???

Pernahkah anda meneran hingga merah muka atau mengetap gigi manakala kaki bersilang sambil mengepit punggung ketika membuang air besar? Jika anda perlu berdepan dengan kesukaran setiap kali berada di tandas, ini bermakna anda mengalami sembelit kronik.

Disifatkan sebagai gejala dan bukan sejenis penyakit yang merbahaya, setiap individu pernah mengalami masalah ini. Sungguhpun begitu, masih ramai yang menganggap sembelit sebagai isu remeh dan berpendapat ia boleh diselesaikan dengan banyak meminum air.

Kurang 3 Kali Seminggu

Sembelit ialah situasi apabila individu membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu dan keadaan itu berlarutan sehingga beberapa bulan.

Seseorang itu juga boleh memiliki gejala sembelit jika lebih 40% najis yang dikeluarkan adalah keras. Lazimnya, individu normal akan mengeluarkan 75% najis lembut dan proses pembuangan lebih lancar tanpa perlu meneran dengan kuat.

Penghidap sembelit kronik biasanya tidak membuang air besar untuk beberapa hari. Malah terdapat juga kes membabitkan pesakit yang tidak membuang air besar dengan sempurna sehingga berbulan-bulan.

Perut pesakit akan mengembung, kejang dan sakit serta kurang selera makan. Bagi kanak-kanak, sedikit cairan atau calitan najis lembut pada seluar dalam adalah petanda bahawa anak itu mendapat sembelit.
Sungguhpun begitu, kebanyakan masalah sembelit membabitkan golongan usia pertengahan dan banyak terjadi kepada wanita muda.

Menahan Air Besar

Wanita sering memilih untuk menahan air besar daripada membuangnya terutama jika berada di kawasan awam seperti kompleks beli-belah yang mempunyai tandas kotor.
Ini disebabkan mereka berasa geli untuk membuang air besar di tandas awam. Mereka lebih rela menyimpan najis dan membuangnya apabila sampai di rumah daripada terpaksa mencangkung atau duduk di dalam tandas yang kotor dan berbau. Tetapi apabila sampai di rumah, perasaan untuk membuang air besar sudah hilang dan tiada sebarang najis dilepaskan walaupun menunggu lama di dalam tandas.

Tabiat melengah-lengahkan proses pembuangan air besar juga dipercayai menyebabkan perut kembung malah boleh mengakibatkan usus menjadi malas. Keadaan tersebut menyebabkan pergerakan najis di dalam usus menjadi lambat atau tidak bergerak sekaligus menyebabkan usus tersumbat.

Apabila najis sudah sampai di rektum, ia akan memberi signal kepada otak untuk memberitahu bahawa sudah sampai masa untuk ke tandas. Tetapi apabila kerap berlengah ke tandas, usus menjadi kurang sensitif dan otak tidak lagi boleh mencerna isyarat itu. Akhirnya individu tersebut lebih selesa untuk tidak ke tandas.

Keadaan ini lama-kelamaan boleh mendatangkan masalah seperti perut kembung, muntah dan rasa sangat tidak selesa.

Sembelit Yang Tidak Bahaya

Sembelit boleh menjadi gejala yang tidak merbahaya dan ia juga boleh menjadi sebaliknya.
Sembelit yang tidak merbahaya hanya bersifat sementara dan disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit dengan dos tinggi sehingga boleh memperlahankan pergerakan usus.

Sembelit jenis ini juga boleh terjadi kerana pertukaran cara pemakanan yang kurang serat. Turut menjadi punca sembelit ialah kehadiran luka kecil pada bahagian lubang dubur yang memberi kesan yang amat sakit apabila membuang air besar.

Bagi golongan warga emas dan pesakit angin ahmar, masalah najis melekat pada usus juga boleh menyebabkan mereka terpaksa meneran sehingga kulit dubur merekah, pedih dan berdarah.

Sembelit Bukan Buasir

Secara klinikalnya, sembelit hanya bersifat gejala dan bukan penyakit. Namun, itu bukan alasan untuk masyarakat terus menganggap ia sebagai isu ringan apatah lagi jika mengalami sembelit secara berterusan untuk tempoh 2 hingga 3 minggu.

Ironinya, masih ramai menganggap kesukaran membuang air besar dan najis berdarah sebagai buasir sedangkan ciri itu adalah tanda-tanda yang menjurus kepada kanser usus.

Sembelit Akibat Kanser Usus

Sembelit yang merbahaya terjadi disebabkan oleh kanser usus dan saluran najis yang tersumbat.
Justeru, sekiranya anda mengalami sakit perut, sembelit dan najis berdarah serta kehadiran lendir yang berlarutan, jangan anggap ia adalah buasir. Seelok-eloknya, jumpa doktor dan lakukan pemeriksaan kolonoskopi.

Ramai wanita malu untuk tampil berjumpa doktor kerana pemeriksaan sembelit melibatkan anggota sulit mereka. Sungguhpun begitu, malu bukan alasan untuk mereka tidak menjalani pemeriksaan.

Sekiranya simptom sembelit dan najis berdarah itu hanya buasir biasa, tidak mengapa. Tetapi jika ditakdirkan itu adalah tanda-tanda kanser usus, tidak mustahil ia boleh mengancam nyawa jika lambat dikesan.


oleh Siti Nor Afzan Kasiman

BAHAYA Handphone Ketika Mengisi Minyak

Kawan2 semua, ina nak share something more important tau..apa tu???Nak tahu jom kita baca n tgk gambar kt bawah k..

Jom kita tengok eksperimen sains kat bawah ni, untuk buktikan betapa bahayanya isi minyak sambil berbual atau sms pakai Handphone..
Before that, kita sediakan bahan2 serta alatan yang diperlukan.. Iaitu :-

1. Kuali sebiji…cari yang leper tu…
2. 3 helai  kad, kad manila pun boleh..tapi jangan pakai mycard, kad kredit ataupon kad ATM, mahupun sim card…

3. 1 roll kertas foil…kertas timah tu laa….yang macam bungkusan kedua corn flakes tu laa…
4. Handphone sebiji…dan pastikan juga ada kredit…
5. Minyak petrol sikit....

Lepas tu…..




susun kad tadi lebih kurang begini….

letak pula kertas foil tu atas kad tadi..

letak petrol sedikit…

TIBA-TIBA

api menyala !!!
Eeee..takut kan??
So, peringatannya anda dinasihatkan untuk tidak mengunakan handphone ketika di stesen minyak yer…..

Jom2 kita sama2 sebarkan kepada semua orang yang anda sayangi…

Bersama-sama kita saling ingat- mengingati..