Anda mengalami masalah sembelit iaitu sukar buang air besar? Cubalah mana-mana
petua sembelit di bawah.
1) Makan buah pisang atau betik
selalu.
2) Ambil dua biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang
kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini dua kali
sehari sehingga sembuh.
3) Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji
sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih.
Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya pagi dan
petang setiap hari sehingga sembuh.
4) Rebus daun gelenggang dan jadikan
ulaman makan bersama nasi setiap hari.
No comments:
Post a Comment